Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal minyak berdaftar S'pura meletup di pelabuhan Jeddah

Satu letupan berlaku di sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di Singapura di pelabuhan Jeddah sekitar tengah malam Ahad (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal minyak berdaftar S'pura meletup di pelabuhan Jeddah

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 14 Dec 2020 05:09PM Dikemas Kini : 14 Dec 2020 05:11PM

JEDDAH: Satu letupan berlaku di sebuah kapal tangki minyak yang berdaftar di Singapura di pelabuhan Jeddah sekitar tengah malam Ahad (14 Dis).

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas letupan di kapal BW Rhine itu.

Bagaimanapun ia berlaku ketika golongan pemberontak Houthi di Yaman meningkatkan serangan ke atas prasarana minyak di Arab Saudi.

Syarikat perkapalan itu yang berpangkalan di Singapura dan juga pemilik BW Rhine, Hafnia berkata kejadian berlaku akibat serangan yang menyebabkan letupan dan kebakaran tercetus.

"Kru berjaya memadamkan api dengan bantuan briged bomba serta bot tunda di pantai," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan sambil memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun Hafnia melaporkan bahagian badan kapal mengalami kerosakan selain tidak menolak kemungkinan berlakunya tumpahan minyak.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan