Kapal kargo pukal AS diserang lanun di Teluk Guinea; 3 anak kapal diculik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
DOUALA: Kapal kargo pukal Amerika Syarikat (AS) diserang dan tiga anak kapalnya termasuk kapten diculik di luar pantai Gabon di Teluk Guinea, menurut agensi maritim pada Rabu (3 Mei).
"Tiga anak kapal diculik semalam apabila Grebe Bulker, sebuah supramax yang dibina pada 2010 milik Eagle Bulk, diserang lanun sejurus selepas tengah malam di Owendo Anchorage di Gabon," lapor agensi berita Anadolu yang memetik Geneva Dry, persidangan perkapalan komoditi utama dunia.
Sementara itu, 17 anak kapal lain dilaporkan selamat semasa serangan itu.
Tiga anak kapal yang diculik adalah kapten dan pegawai kedua dan ketiga, menurut Bilik Krisis Antarabangsa 360, sebuah platform pengurusan risiko dan krisis.
“Mereka diculik oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali,” menurut sumber yang enggan namanya disiarkan.
Pihak berkuasa tempatan mengerahkan bot peronda dua jam setengah selepas serangan itu, lapor media tempatan.
Teluk Guinea, laluan maritim antara Senegal dan Angola sejak sekian lama menjadi lokasi kegiatan lanun.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kegiatan lanun maritim bagaimanapun telah merosot sejak April 2021.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.