Kapal kargo M'sia hilang 10 hari, terakhir dikesan di perairan Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Usaha mengesan kapal kargo Malaysia MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Pemangkat, Kalimantan Barat tidak berhasil, menurut berita tempatan.
Koordinator Pos Basarnas SAR Sintete di Kalimantan Barat, Zulhijah berkata operasi itu dijalankan secara bersama membabitkan agensi keselamatan maritim Indonesia, Bakamla serta tentera laut Indonesia dan sudah dilaksanakan pada Ahad (8 Jan).
Beliau berkata koordinat ‘distress alert’ kapal itu diterima daripada Basarnas Pontianak di 01° 36.7′ N-108° 31.7′ E, yang jaraknya 42 batu nautika daripada Pos SAR Sintete.
“Kira-kira jam 9.50 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), kami melaksanakan semakan ‘distress alert’ Dai Cat 06 di koordinat 01° 33.300′ U-108° 26.00′ BT,” katanya sebagaimana dilaporkan Pontianak Post.
Encik Zulhijah berkata pasukan gabungan tiba di lokasi ‘signal distress’ pukul 12.20 tengah hari tetapi tiada isyarat kecemasan dikesan dan tiada tanda-tanda kapal kemalangan atau serpihan ditemukan ketika itu.
Di titik koordinat, keadaan cuaca mendung dengan ketinggian ombak sekitar 1.2 meter dan pasukan gabungan kembali ke pos pukul 4.30 petang, katanya.
Maritim Negeri Johor pada Selasa (10 Jan) mengumumkan MV Dai Cat 06 yang membawa muatan besi serta lima anak kapal dilaporkan hilang di perairan Indonesia pada Isnin (9 Jan) menyusuli satu laporan polis yang dibuat ejen kapal semalam.
Kapal kargo yang dikendalikan tiga anak kapal warga Malaysia dan dua anak kapal warga Indonesia sudah keluar dari jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember lalu dan sepatutnya tiba di Kuching, Sarawak, pada 31 Disember.
Satu isyarat kecemasan dikesan pada pukul 10.42 malam pada Isnin, dipercayai daripada kapal itu di kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.