Skip to main content

Dunia

Kapal kargo diserang di Laut Merah Yaman

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal kargo diserang di Laut Merah Yaman

(Gambar: UKMTO)

Diterbitkan : 05 Jul 2026 10:24PM
  • Sebuah kapal kargo diserang oleh penyerang bersenjata tidak dikenali di luar pantai Laut Merah Yaman pada 5 Julai, berhampiran Hodeidah.
  • Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) menerima laporan insiden dan mengeluarkan amaran kecemasan kepada kapal lain di kawasan itu.
  • Pihak berkuasa sedang menyiasat serangan tersebut, namun butiran mengenai penyerang, kecederaan atau kerosakan tidak dinyatakan.
  • Insiden ini berlaku di tengah kebimbangan berterusan mengenai keselamatan kapal komersial di Laut Merah dan Teluk Aden akibat siri serangan dan kegiatan lanun.
Dijana oleh AI
ADEN: Sebuah kapal kargo diserang oleh penyerang bersenjata yang tidak dikenali di luar pantai Laut Merah Yaman pada Ahad (5 Jul), sekali gus mencetuskan amaran kecemasan, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Xinhua.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke platform media sosial X, UKMTO memaklumkan bahawa ia menerima laporan mengenai insiden itu yang berlaku kira-kira 30 batu nautika di barat daya bandar pelabuhan Hodeidah.

UKMTO menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan dan tidak memberikan butiran mengenai penyerang, kemalangan jiwa atau kerosakan pada kapal tersebut.

Ia turut menasihatkan kapal yang transit di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan.

Insiden terbaharu itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai keselamatan di Laut Merah dan Teluk Aden, yang menyaksikan kapal komersial menghadapi siri serangan, percubaan menaiki kapal, serta insiden berkaitan kegiatan lanun sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita