Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal karam dilanda Taufan Ian di Florida

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal karam dilanda Taufan Ian di Florida

Gambar: Bloomberg/Tristan Wheelock

WASHINGTON: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) sedang mencari 23 pendatang asing selepas kapal yang dinaiki mereka karam akibat dilanda Taufan Ian di pantai Florida, lapor Xinhua.

Encik Walter Slosar, ketua ejen Peronda Sempadan AS sektor Miami, memaklumkan menerusi Twitter pada Rabu (28 Sep) bahawa ahli anggotanya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden melibatkan pendatang yang mendarat di Stock Island, Monroe County Florida.

Encik Slosar berkata empat "pendatang Cuba berjaya berenang ke pantai selepas kapal mereka karam akibat cuaca buruk". Beliau menambah operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan 23 lagi individu yang masih belum dijumpai.

Ian, sebuah taufan Kategori Empat dengan kelajuan angin mencecah 250 kilometer sejam, mendarat di pantai barat Florida pada petang Rabu (28 Sep).
Sumber : Bloomberg/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan