Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal karam antara Jepun dengan Korea Selatan; 8 kelasi hilang

Pasukan pengawal pantai Jepun dan Korea Selatan pada Rabu (25 Jan) melakukan operasi mencari  lapan kelasi sebuah kapal kargo yang tenggalam di perairan barat daya Jepun berhampiran pulau Jeju di Korea Selatan. 14 berjaya diselamatkan kata jurucakap pengawal pantai Jepun kepada AFP.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal karam antara Jepun dengan Korea Selatan; 8 kelasi hilang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 01:34PM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 01:34PM

TOKYO: Pasukan pengawal pantai Jepun dan Korea Selatan pada Rabu (25 Jan) melakukan operasi mencari  lapan kelasi sebuah kapal kargo yang tenggalam di perairan barat daya Jepun berhampiran pulau Jeju di Korea Selatan. 14 berjaya diselamatkan kata jurucakap pengawal pantai Jepun kepada AFP.

"Kami belum lagi tahu keadaan dan kerakyatan mereka," kata beliau sambil enggan mendedahkan namanya.

Menurutnya lagi, enam anak kapal itu diselamatkan oleh pasukan pengawal pantai Korea Selatan yang sedang membantu dalam operasi menyelamat itu.

Setakat ini, 11 daripada mereka yang terselamat berada dalam keadaan "tidak sedarkan diri", menurut Pasukan Pengawal Pantai Jeju kepada AFP sambil menambah bahawa anak kapal yang diselamatkan itu dibawa ke wilayah Nagasaki di barat daya Jepun.

Kapal kargo Jin Tian yang berdaftar di Hong Kong itu membuat panggilan kecemasan pada lewat petang Selasa (24 Jan) dari satu lokasi sekitar 110 kilometer barat pulau Danjo di barat daya Jepun.

Tiga kapal swasta yang berada di kawasan itu turut membantu untuk menyelamatkan beberapa anak kapal yang terkandas itu, menurut pasukan pengawal pantai Jepun.

Sebuah pesawat pengawal pantai Jepun dan dua kapal berada di tempat kejadian dengan kapal dari Jepun dan Korea Utara sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian, menurut pegawai dari kedua-dua negara.

Kapten kapal yang karam itu menggunakan telefon satelit untuk memaklumkan  pegawai pengawal pantai Korea Selatan bahawa beliau dan anak kapalnya akan meninggalkan kapal itu pada awal pagi Rabu, menurut Pengawal Pantai Jeju.

Sejurus selepas itu, mereka terputus hubungan.

Jurucakap kerajaan Jepun Hirokazu Matsuno mengesahkan bahawa pengawal pantai negara itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan dalam operasi menyelamat.

Kapal seberat 6,651 tan itu membawa muatan kayu serta 22 kelasi warga China dan  Myanmar.

Sumber : AFP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa