Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal Itali pertama iringi bot penyelamat pendatang asing tiba di Sepanyol

Kapal pemerintah Itali yang pertama mengiringi bot penyelamat para pendatang asing 'Aquarius' akhirnya tiba di pelabuhan Sepanyol di Valencia, Sepanyol, petang tadi (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2018 07:34PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 03:08PM

VALENCIA: Kapal pemerintah Itali yang pertama mengiringi bot penyelamat para pendatang asing 'Aquarius' akhirnya tiba di pelabuhan Sepanyol di Valencia, Sepanyol, petang tadi (17 Jun).

Kapal pengawal pantai Itali Dattilo, tiba di pelabuhan diikuti oleh kapal Aquarius dan sebuah lagi kapal tentera laut Itali, Orione.

Kapal Aquarius dan dua kapal Itali itu sedang membawa 630 pendatang asing yang diselamatkan kapal Aquarius ketika mereka cuba menyeberang Laut Mediterranean, minggu lalu.

Kapal Aquarius tersadai di persisiran pantai Sicily sejak minggu lalu kerana tidak dibenarkan berlabuh di Malta.

Sepanyol kemudian campur tangan dan menawarkannya berlabuh di wilayahnya.

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan