Kapal induk AS tiba di Korea Selatan sebagai amaran kepada Korea Utara

(Gambar: Yonhap/AFP)
BUSAN: Sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) tiba di Korea Selatan pada Jumaat (23 Sep), kali pertama dalam sekitar empat tahun. Ia akan bergabung dengan kapal-kapal tentera lain bertujuan menghantar mesej dan mempamerkan kekuatan kepada Korea Utara, lapor Reuters.
Kapal perang induk USS Ronald Reagan berserta kapal-kapal tempur lainnya berlabuh di pangkalan tentera laut di bandar pelabuhan Busan menjelang latihan bersama-sama kapal perang Korea Selatan.
Ketibaannya menandakan pengerahan armada paling besar untuk memastikan lebih banyak "aset strategik" AS beroperasi di kawasan tersebut untuk menghalang Korea Utara.
Panglima kumpulan serangan Laksmana Michael Donnelly memberitahu wartawan di atas kapal tersebut bahawa lawatan itu telah lama dirancang dan direka untuk membina hubungan dengan sekutu Korea Selatan dan meningkatkan operasi antara tentera laut.
"Kami meninggalkan mesej kepada para diplomat," katanya, apabila ditanya sama ada terdapat sebarang isyarat kepada Korea Utara, tetapi menambah bahawa latihan bersama akan memastikan sekutu-sekutu itu berupaya bertindak balas terhadap semua jenis ancaman.
"Ia peluang bagi kami untuk mengamalkan taktik dan operasi," kata Laksmana Donnelly.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol sebelum ini berulang kali menggesa untuk diadakan lebih banyak latihan bersama dan pertunjukan kekuatan tentera sebagai amaran kepada Korea Utara, yang melakukan jumlah rekod ujian peluru berpandu tahun ini dan dipercayai sedang membuat persiapan untuk menyambung semula ujian nuklear buat julung-julung kalinya sejak 2017.
Korea Utara menyifatkan pengerahan tentera AS dan latihan bersama yang diadakan sebelum ini sebagai persiapan untuk perang dan bukti dasar bermusuhan Washington dan Seoul. Latihan sedemikian juga mencetus tunjuk perasaan oleh aktivis keamanan yang mendakwa ia akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau tersebut.
Minggu lalu, AS menyatakan lawatan kapal induk itu adalah , tenterkomitmennya untuk mengerah aset strategik bagi menghalang Pyongyang, sekali gus mempertingkatkan keselamatan serantau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.