Skip to main content

Dunia

Kapal berdaftar di Panama terkandas, terbelah dua di utara Jepun

Sebuah kapal berdaftar di Panama terkandas di sebuah pelabuhan utara Jepun, dan kemudian terbelah dua awal hari ini (12 Ogos), menyebabkan minyak mengalir keluar.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal berdaftar di Panama terkandas, terbelah dua di utara Jepun

Kapal berdaftar Panama, 'Crimson Polaris', yang terkandas dan terbelah di utara Jepun, pada 12 Ogos 2021 (Gambar ihsan: 2nd Regional Coast Guard HQ - Japan Coast Guard/agihan via REUTERS)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 05:13PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 05:23PM

TOKYO: Sebuah kapal berdaftar di Panama terkandas di sebuah pelabuhan utara Jepun, dan kemudian terbelah dua awal hari ini (12 Ogos), menyebabkan minyak mengalir keluar.

Mujur, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 21 anak kapal dan limpahan minyak dapat dikawal tanpa tanda-tanda ia sampai ke pantai, kata Pengawal Pantai Jepun.

Kapal Crimson Polaris, seberat 39,910 tan itu, membawa serpihan kayu ketika ia terkandas pada Rabu pagi di pelabuhan Hachinohe. Ia berjaya ditarik keluar, namun tidak dapat bergerak jauh akibat cuaca buruk dan akhirnya berlabuh sekitar 4 kilometer (km) dari pelabuhan.

Kapal itu, yang sedang menamatkan pelayaran dari Thailand, terbelah dua pada awal Khamis, menurut Pengawal Pantai. Limpahan minyak sepanjang 5.1 km dan seluas sekitar 1 km dapat dilihat pada hari itu, namun langkah-langkah kawalan dilaksanakan kapal peronda.

Kedua-dua bahagian kapal itu tidak bergerak dan diawasi dengan teliti oleh kapal peronda, dan setakat petang tiada perubahan besar yang ketara dikesan, kata seorang jurucakap Pengawal Pantai.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita