Skip to main content

Dunia

Kapal angkasa Rusia mendarat di ISS untuk bawa pulang 3 angkasawan terkandas

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal angkasa  Rusia mendarat di ISS untuk bawa pulang 3 angkasawan terkandas

(Gambar: AFP/RUSSIAN SPACE AGENCY ROSCOSMOS/HANDOUT)

RUSIA: Sebuah kapal angkasa Rusia dalam misi untuk membawa pulang anak kapal yang terkandas di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sudah mendarat di stesen tersebut.

Demikian menurut agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos pada Ahad (26 Feb).

Soyuz MS-23, berlepas dari pusat angkasa Baikonour di Kazakhstan pada Jumaat (24 Feb) untuk membawa pulang dua angkasawan Rusia, Sergey Prokopyev dan Dmitry Petelin, serta Francisco Rubio dari Amerika Syarikat pada September.

Ketiga-tiga angkasawan itu sepatutnya menamatkan misi mereka pada Mac namun terkandas apabila sistem penyejuk kapsul Soyuz MS-22 mereka bocor dua bulan lalu akibat meteoroid kecil.

Mereka tiba di ISS September lalu dengan menaiki MS-22, dan sepatutnya tinggal hanya kira-kira enam bulan, sehingga akhir Mac.

Kapal angkasa Soyuz MS-22 yang rosak dijangka berlepas dari stesen angkasa tanpa penumpang dan kembali ke bumi pada akhir Mac.

Soyuz MS-23 dihantar bagi menggantikan kapal yang rosak itu, tetapi tanpa tiga anak kapal yang sepatutnya dihantar bersama.

Ia membawa kargo tambahan seberat 429 kilogram ke stesen tersebut yang diperlukan untuk menyambung misi angkasawan tersebut, lapor agensi Rusia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita