Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kapal angkasa China mendarat di bahagian bulan yang tidak pernah dijejaki

Sejarah dicipta hari ini dengan kapal angkasa China Chang'e-4 berjaya mendarat di bahagian gelap bulan pagi tadi (3 Jan). Bahagian bulan itu digelar sebagai bahagian gelap kerana ia tidak pernah menghadapi bumi disebabkan putaran bulan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2019 06:00PM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 11:05PM

BEIJING: Sejarah dicipta hari ini dengan kapal angkasa China Chang'e 4 berjaya mendarat di bahagian gelap bulan pagi tadi (3 Jan). Bahagian bulan itu digelar sebagai bahagian gelap kerana ia tidak pernah menghadapi bumi disebabkan putaran bulan.

Gambar-gambar pertama yang dihantar kapal penyelidikan robotik Chang'e 4 menunjukkan bahagian permukaan bulan yang belum pernah diterokai.

Chang'e 4 mendarat pada 10.26 pagi tadi waktu Beijing. Pendaratan itu satu kemajuan besar dalam usaha Beijing untuk menjadi kuasa besar dalam kajian angkasa lepas.

Misi penerokaan itu dilancarkan pada Disember lalu. Dengan kejayaan itu, China dijangka menjalankan beberapa kajian termasuk bidang astronomi, gelombang rendah radio serta ujian-ujian radiasi dan galian.

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan