Kanun Keseksaan, Tatacara Jenayah baharu Indonesia mula berkuat kuasa pada 2 Jan 2026
Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah baharu Indonesia mula berkuat kuasa pada Jumaat (2 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
INDONESIA: Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah baharu Indonesia mula berkuat kuasa pada Jumaat (2 Jan).
Diluluskan pada 2022, ia menggantikan undang-undang yang digubal sewaktu pemerintahan kolonial Belanda.
Parlimen Indonesia turut meluluskan Kanun Tatacara Jenayah baharu pada November lalu yang menggariskan tatacara menyiasat, mendakwa dan membuat keputusan bagi kes mahkamah.
Sesetengah pakar perundangan bimbang, tatacara baharu itu memperkukuh kuasa polis.
Namun, ia tidak menyediakan pengawasan kehakiman yang mencukupi untuk mencegah sebarang penangkapan yang dilakukan sewenang-wenangnya.
Pemerintah Indonesia bagaimanapun menekankan, rombakan undang-undang itu dilaksanakan tepat pada waktunya.
"Setelah lebih daripada empat dekad perubahan ketatanegaraan, kemajuan teknologi informasi dan dinamika sosial masyarakat telah membawa cabaran baharu.
"Kita menghadapi kejahatan lintas negara, kejahatan siber, serta meningkatnya tuntutan terhadap perlindungan hak asasi manusia. Oleh kerana itu, pembaharuan diperlukan agar hukum tatacara jenayah kita menjadi lebih adaptif, moden dan berkeadilan," kata Menteri Undang-Undang Indonesia, Supratman Andi Agtas.
Undang-undang baharu itu bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis berhubung kesannya ke atas kebebasan sivil dan kebebasan bersuara.
Antara yang paling kontroversil ialah klausa berhubung perbuatan menghina presiden, naib presiden atau institusi negara sebagai satu kesalahan jenayah.
Ia kini suatu kesalahan di mana pesalahnya boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun.
Pemerintah Indonesia bagaimanapun mempertahankannya dengan berhujah bahawa presiden dan naib presiden merupakan lambang negara, dan maruah mereka perlu dilindungi bagi mengekalkan kestabilan politik serta menjaga kepentingan negara.
Bagaimanapun, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia memberi amaran, undang-undang itu menimbulkan ancaman serius terhadap kebebasan bersuara dan boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa.
Di samping itu, mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung peruntukan yang menyifatkan perbuatan seks luar nikah dan bersekedudukan sebagai suatu jenayah.
"Perkara ini menghantar mesej kepada rakyat Indonesia dan juga kepada pelancong serta warga asing yang tinggal di Indonesia, sesuatu yang bersifat drakonian.
"Isu seperti ini seharusnya kekal dalam ruang kehidupan peribadi individu. Negara dan pemerintah tidak sepatutnya mencampur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat," kata Pengarah Eksekutif, Amnesty International Indonesia, Usman Hamid.
Kanun baharu itu diluluskan semasa penggal terakhir Presiden Joko Widodo.
Diplomat tertinggi Amerika Syarikat ketika itu, Antony Blinken, juga pernah menggesa pemimpin Indonesia supaya menimbangkan semula beberapa peruntukan dalam undang-undang berkenaan.

Sumber : Agensi berita/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.