Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kantin sekolah ditutup selepas 49 pelajar terkena keracunan makanan

Kantin Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat di Kuala Lumpur, diarahkan tutup apabila 49 pelajar sekolah terbabit mengalami gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas bersarapan di situ pada waktu rehat pada Khamis (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kantin sekolah ditutup selepas 49 pelajar terkena keracunan makanan

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 11:43AM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 11:53AM

KUALA LUMPUR: Kantin Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat di Kuala Lumpur, diarahkan tutup apabila 49 pelajar sekolah terbabit mengalami gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas bersarapan di situ pada waktu rehat pada Khamis (14 Feb).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Khalid Ibrahim berkata sehingga kini, 22 kes sudah menerima rawatan pesakit luar manakala 27 kes hanya mengalami gejala ringan dan tidak mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

“Kesemua kes adalah stabil dan tiada kemasukan ke wad. Kejadian keracunan makanan ini adalah terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Gombak untuk mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan tersebut. Sampel pengendali, makanan serta sampel persekitaran telah diambil untuk tujuan analisa makmal dan masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan kantin sekolah ditutup di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan satu notis di bawah Peratuan 32(1)(b), Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan kepada pengendali makanan.

Beliau juga berkata pengendali makanan dinasihatkan supaya sentiasa memastikan pengendalian makanan mengikut tatacara keselamatan makanan, memastikan kebersihan diri serta premis makanan dan persekitarannya.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum makan dan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan.

“Sentiasa amalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menggunakan tandas serta sebelum dan selepas makan,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan