Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanggaru serang suami isteri di timur laut Australia, cederakan wanita

Para penjaga hidupan liar, warga Australia, Jim dan Linda Smith bernasib baik kerana masih hidup, menurut seorang pegawai ambulans, setelah mereka diserang oleh seekor kanggaru di timur laut Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2018 12:43PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:21AM

SYDNEY: Para penjaga hidupan liar, warga Australia, Jim dan Linda Smith bernasib baik kerana masih hidup, menurut seorang pegawai ambulans, setelah mereka diserang oleh seekor kanggaru di timur laut Australia.

Pasangan suami isteri itu sedang memberi makanan kepada kanggaru-kanggaru liar di kawasan rumah mereka di Darling Downs apabila seekor kanggaru berwarna kelabu menyerang Encik Jim Smith sehingga beliau terjatuh.

Kanggaru tersebut menyerang isterinya, Cik Linda apabila beliau lari untuk membantu suaminya. Akibatnya, beliau mengalami masalah paru-paru, keretakan tulang dan kesan calar dan luka.

Serangan itu hanya berhenti apabila anak lelaki mereka keluar dan memukul kanggaru itu dengan sebatang kayu, menurut laporan media Australia.

Cik Linda Smith dibawa ke hospital Toowoomba, di mana beliau menjalani pembedahan, menurut laporan-laporan media.

Australia mempunyai 45 juta kanggaru dan kejadian sebegitu bukan sesuatu yang luarbiasa, lebih-lebih lagi kerana semakin banyak kawasan perumahan dibina berdekatan dengan habitat haiwan-haiwan tersebut.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan