Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak Rohingya bimbang soal keselamatan, sanitasi & kurang peluang pendidikan

Bak jatuh ditimpa tangga - demikian nasib yang dialami kanak-kanak yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Feb 2018 06:08PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 09:53PM

MYANMAR: Bak jatuh ditimpa tangga - demikian nasib yang dialami kanak-kanak yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar.

Satu laporan oleh tiga agensi antarabangsa menunjukkan kesengsaraan dan ketakutan yang dihadapi kanak-kanak Rohingya di khemah-khemah pelarian Cox’s Bazar, di Bangladesh.

Tiga kebimbangan utama yang disuarakan kanak-kanak ini adalah soal keselamatan, sanitasi dan kurangnya peluang pendidikan.

Mereka juga mendakwa diberi layanan buruk oleh penduduk kampung.

Tiga agensi antarabangsa telah mengusulkan beberapa langkah termasuk meningkatkan keselamatan di khemah-khemah pelarian.

Juga, menambah kemudahan bagi pendidikan dan sistem sanitasi lebih baik bagi memastikan kanak-kanak Rohingya hidup selesa di khemah-khemah pelarian. 

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan