Kanak-kanak perempuan lemas di kolam taman tema air Selangor
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: BERNAMA)
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui lemas di dalam kolam sebuah taman tema air di Banting, Shah Alam, pada tengah hari Sabtu (10 Jun).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata kejadian berlaku pada pukul 1.28 tengah hari selepas orang awam menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kolam tersebut.
"Kejadian berlaku semasa mangsa bersama kakaknya berusia 8 tahun sedang bermain air di sebuah kolam, bapa mangsa kemudian dimaklumkan oleh orang awam bahawa salah seorang anak perempuannya telah tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Banting dan pihak hospital mengesahkan punca kematian adalah disebabkan lemas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Encik Ahmad Ridhwan memberi peringatan kepada orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya tidak membiarkan anak-anak di bawah jagaan masing-masing tanpa pengawasan yang patut untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi tidak diingini.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.