Kanak-kanak perempuan 11 tahun cedera dalam serangan tikaman di London
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/BENJAMIN CREMEL)
LONDON: Polis Britain menyatakan mereka memberkas seorang lelaki selepas serangan menikam di Leicester Square, London, yang tidak disifatkan sebagai insiden pengganas.
Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dan wanita 34 tahun dikejarkan ke hospital.
Pasukan polis Britain kekal berjaga-jaga selepas rusuhan berterusan yang tercetus awal bulan ini, disebabkan maklumat salah disebarkan online yang mendakwa suspek yang membunuh tiga budak perempuan di utara England adalah seorang pendatang asing beragama Islam.
Polis menyatakan mereka tidak percaya ada suspek lain yang terlibat dalam serangan di Leicester Square itu, sebuah kawasan di tengah London yang terkenal dengan pelancong.
Seorang jurucakap Khidmat Ambulans London berkata mangsa sudah dihantar ke pusat trauma selepas ambulans dan unit tindak balas tiba berikutan laporan mengenai serangan tikaman pada 1036 GMT.
"Kami masih menunggu kemas kini tentang keadaan mangsa," tambah polis.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.