Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak Palestin berhak nikmati kehidupan selamat, sejahtera

Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin, Lynn Hastings, pada Isnin (16 Ogos) berkata selain pendidikan kanak-kanak Palestin layak untuk menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak Palestin berhak nikmati kehidupan selamat, sejahtera

Seorang kanak-kanak perempuan melihat runtuhan bangunan di Palestin. (Gambar: UNRWA)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 09:47PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 09:50PM

RAMALLAH: Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin, Lynn Hastings, pada Isnin (16 Ogos) berkata selain pendidikan kanak-kanak Palestin layak untuk menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera.

"Kanak-kanak tidak hanya punya hak untuk dapat pendidikan tetapi mereka juga perlu dilindungi di bawah hak asasi manusia antarabangsa memandangkan keadaan mereka yang terdedah kepada bahaya," kata Hastings dalam satu kenyataan.

Menurut pegawai PBB itu sejak awal 2021, seramai 79 kanak-kanak Palestin terbunuh dan 1,269 yang lain cedera.

"Seramai 67 kanak-kanak terbunuh di Carikan Gaza semasa serangan baru-baru ini dan seorang pada Jun manakala 11 lagi maut di Tebing Barat dan di Timur Baitulmakdis akibat kekejaman tentera Israel,” kata Hastings. 

Hastings berkata Israel bertanggungjawab melindungi "kanak-kanak dan guru-guru daripada keganasan ketika mereka dalam perjalanan pergi dan pulang dari sekolah."

Beliau berkata demikian susulan pengumuman pihak berkuasa Palestin mengenai permulaan tahun akademik. 

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan