Skip to main content

Dunia

Kanak-kanak mati lemas di taman tema air di Johor

Kegembiraan seorang bapa menyambut cuti Deepavali bersama-sama keluarganya bertukar pilu apabila anak lelakinya ditemui lemas di sebuah kolam di taman tema air.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak mati lemas di taman tema air di Johor

Gambar fail Wet World Batu Pahat Village Resort di Johor, Malaysia. (Gambar: Facebook/Denaihati)

Diterbitkan : 01 Nov 2016 08:40PM Dikemas Kini : 01 Nov 2016 08:41PM

JOHOR BAHRU: Kegembiraan seorang bapa menyambut cuti Deepavali bersama-sama keluarganya bertukar pilu apabila anak lelakinya ditemui lemas di sebuah kolam di taman tema air di Parit Bilal, Batu Pahat, petang Isnin (31 Okt).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan sedang bermandi-manda selepas kira-kira 20 minit mengunjungi taman tema itu pada 3.30 petang.

"S. Rishither, 6 tahun, ditemui lemas oleh bapanya S. Surentharan di sebuah kolam renang yang mempunyai kedalaman lima kaki, tidak jauh dari tempat keluarganya bermandi-manda pada 3.50 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini (1 Nov).

Katanya pihak pengurusan taman tema membantu keluarga itu membawa mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ke Klinik Kesihatan Tongkang Pechah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik itu yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Beliau berkata kes itu dikategorikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

"Hasil keterangan daripada keluarga mangsa menyatakan bahawa mereka terdiri daripada dua keluarga seramai sembilan orang yang datang dari Taman Pelangi, Kluang, ke taman tema air itu untuk berkelah sempena cuti Deepavali," katanya.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita