Kanak-kanak Maghribi meninggal dunia selepas diselamatkan dari perigi sedalam 32 meter

(Gambar: Agensi berita)
MAGHRIBI: Kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa (1 Feb), dilaporkan meninggal dunia.
Berita kematian Rayan Awram disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu malam (5 Feb).
Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.
Awal dari itu, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki tersebut di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.
Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam (1 Feb).
Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.