Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak lemas, terjatuh ke dalam lubuk air di sawah padi

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau pada Jumaat (16 Apr).  

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak lemas, terjatuh ke dalam lubuk air di sawah padi

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 11:03AM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 11:09AM

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau pada Jumaat (16 Apr).

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohamad Amir Faris sedang berbasikal bersama dengan adik lelakinya yang berusia lapan tahun dan kawan perempuan mereka berumur 11 tahun sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam lubuk berkenaan.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu mangsa namun mangsa tenggelam sebelum berjaya ditarik keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk dibedah siasat, katanya lagi.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan