Kanak-kanak lelaki 2 tahun terperangkap 72 jam dalam perigi
Pasukan menyelamat terpaksa berkejar masa hari ini (28 Okt)bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap lebih 72 jam dalam perigi sedalam 26 meter di selatan India, menurut para pegawai.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun terjatuh dalam perigi selebar 30 sentimeter. (Gambar: Twitter)
NEW DELHI: Pasukan menyelamat terpaksa berkejar masa hari ini (28 Okt)bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap lebih 72 jam dalam perigi sedalam 26 meter di selatan India, menurut para pegawai.
Kanak-kanak itu terjatuh dalam perigi selebar 30 sentimeter pada petang Jumaat lalu semasa bermain berhampiran rumahnya di daerah Tiruchirappalli di negeri Tamil Naidu.
Sebuah kamera pengesan haba digunakan untuk memantau suhu badan kanak-kanak itu sementara bekalan oksigen disalurkan menerusi paip.
Kanak-kanak itu, Sujith Wilson dalam keadaan tidak sedarkan diri namun masih bernafas setakat pagi Ahad, namun sejak itu para penyelamat tidak dapat memeriksa keadaannya.
Pihak berkuasa menyatakan, kanak-kanak itu pada mulanya tersekat kira-kira sembilan meter sebelum tergelincir ke bawah dalam keadaan berdiri tegak.
“Kita sedang mengejar masa,” kata pegawai kanan daerah di lokasi kejadian.
Para pekerja terpaksa menggunakan gerudi minyak untuk menggali lubang yang selari dengan telaga itu pada Ahad, tetapi alat tersebut rosak pada kira-kira 10 meter akibat tanah berbatu.
Usaha menggunakan peranti robotik untuk menurunkan tali bagi mengikat pergelangan tangan kanak-kanak itu pada Sabtu, turut gagal.
Insiden itu merupakan kejadian terbaru melibatkan kanak-kanak terjatuh ke dalam perigi yang tidak lagi digunakan dan tidak ditutup dengan betul di India.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.