Kanak-kanak di China dihadkan 15 jam sebulan semasa cuti sekolah untuk permainan video
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/JADE GAO)
BEIJING: Kanak-kanak di China akan dibenarkan untuk bermain 'game' selama 15 jam semasa cuti sekolah musim sejuk selama sebulan, di bawah peraturan ketat untuk mencegah mereka ketagih kepada permainan.
Tencent Holdings dan NetEase, dua syarikat permainan video terbesar China, bersetuju dengan peraturan sedia ada, yang memastikan kanak-kanak tidak bermain 'game' melebihi 16 jam semasa cuti sekolah yang bermula pada pertengahan Januari.
Tencent, yang mengendalikan perniagaan permainan video terbesar di dunia berdasarkan hasil, menyatakan pada Khamis (9 Jan) bahawa kanak-kanak berumur bawah 18 tahun boleh bermain sehingga 15 jam antara 13 Januari dan 13 Februari.
Manakala pesaingnya yang lebih kecil NetEase, mengehadkan masa permainan untuk kanak-kanak bawah umur tidak melebihi 16 jam antara 15 Januari dan 14 Februari.
Had masa untuk pemain muda, iaitu sejam setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan pada hari cuti ditetapkan undang-undang, dikuatkuasakan oleh pengawal selia China pada Ogos 2021.
Mereka bimbang terlalu ramai orang muda akan ketagih dengan permainan video. Meskipun demikian, tiada had untuk masa yang dihabiskan untuk hiburan online, seperti video pendek.
Tencent dan NetEase menggunakan pengecaman muka selama beberapa tahun untuk mengesan pemain dan memastikan kanak-kanak tidak menggunakan akaun dewasa untuk melanggar had tersebut.
Tencent menyatakan melalui catatan di WeChat pada Khamis bahawa ia sudah meningkatkan langkah untuk mengesan dan menghukum mereka yang cuba melanggar sekatan semasa cuti yang akan datang.
Ia mencipta apa yang dipanggil "pangkalan data akaun berisiko", di mana ia mengenal pasti akaun yang mungkin dipinjam daripada orang dewasa, dengan menggunakan pengecaman muka untuk mengesahkan pengguna.

Sumber : South China Morning Post/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.