Kanak-kanak China ini merayu untuk bermain, tekankan perlunya keseimbangan kerja-kehidupan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today)
TIANJIN: Kehidupan seorang pelajar boleh disifatkan sebagai seronok dan berwarna-warni, namun ia juga memerlukan waktu belajar yang panjang.
Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah rendah di Tianjin, China, tular di aplikasi Douyin disebabkan rakaman video dia menangis sambil merayu kepada bapanya bahawa dia memerlukan lebih masa untuk bermain, menurut MustShareNews.
Budak itu mendakwa dia tertekan, serta menggesa bapanya supaya menghargai masa kecilnya sambil menekankan pentingnya mengekalkan keseimbangan antara kerja dan rehat.
Walaupun ia tidak jelas sama ada dia berjaya mendapat waktu bermain yang lebih, budak perempuan itu membuat warga siber kagum dengan cara dia menangani tekanan terhadap kerja sekolah, yang merupakan realiti kehidupan bagi kebanyakan orang yang melalui sistem pendidikan China.
Rakaman video dua minit itu bermula dengan budak perempuan terserbut, Ting Ting, bertanya kepada bapanya apakah kesilapannya, sambil menangis.
"Cakaplah, saya akan berubah," katanya. Namun Ting Ting berkata dia memerlukan kebebasannya dan menjelaskan dia tidak boleh menghabiskan semua masanya hanya untuk belajar, lapor MustShareNews.
Menggunakan simpulan bahasa Cina, dia berkata perlu ada keseimbangan antara belajar dan rehat.
Lagipun, Ting Ting sudah menyelesaikan kerja sekolahnya.
"Masih ada masalah jika saya bermain sekarang?," tanya Ting Ting sambil menangis teresak-esak.
Di sebalik kamera, bapanya menjawab dengan selamba bahawa tiada masalah. Bapanya menambah bahawa dia boleh bermain tetapi tidak begitu lama.
Ting Ting menjawab bahawa dia tidur pada pukul 9.00 malam dan tidak pernah bermain hingga selepas pukul 12.00 malam.
Bapanya kemudian berkata dia boleh bermain kerana menunjukkan prestasi yang baik "kebelakangan ini".
Terkejut dengan penggunaan perkataan "kebelakangan ini", Ting Ting berkata, "Saya berkelakuan baik setiap hari."
GESA AYAH MENGHARGAI MASA KECILNYA
Video itu kemudiannya menunjukkan adegan lain di mana bapa Ting Ting memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai harapan yang tinggi terhadap Ting Ting.
Budak sekolah itu membalas dengan segera bahawa robot pun tidak dapat memenuhi harapan bapanya itu. "Kalau saya mempunyai lapan tangan sekalipun, saya tidak boleh melakukannya", katanya.
Ting Ting memberitahu bapanya bahawa dia berdikari dan mampu menyelesaikan kerja sekolah, serta menjaga dirinya.
"Saya akhiri dengan pesanan ini," katanya, "tolong hargai masa kecil kami," seperti dinukil MustShareNews.
WARGA NET KAGUM DENGAN KEPANDAIAN TING-TING
Seorang warga net memuji kepandaian Ting Ting dan hujahnya yang kukuh.
Warga net lain merujuk kepada bagaimana Ting Ting menarik perhatian kepada isu sistem pendidikan di China.
Sistem pendidikan China menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini disebabkan tekanan yang diberikan ke atas para pelajar.

Sumber : Sumber Web/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.