Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak berisiko lebih rendah terjangkit COVID-19; vaksin harus disalurkan kepada negara miskin

Memandangkan kanak-kanak dan golongan belia berisiko lebih rendah dijangkiti COVID-19 yang teruk, negara-negara dunia seharusnya mengutamakan golongan dewasa dan berkongsi dos vaksin bersama program COVAX untuk membekalkan vaksin kepada negara-negara miskin, menurut WHO pada Rabu (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak berisiko lebih rendah terjangkit COVID-19; vaksin harus disalurkan kepada negara miskin

Seorang pekerja kesihatan memegang dulang-dulang vaksin COVID-19 di Bandar Quezon, Filipina, pada 13 Sep 2021. (Gambar hiasan: AP)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 08:02AM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 08:06AM

GENEVA: Memandangkan kanak-kanak dan golongan belia berisiko lebih rendah dijangkiti COVID-19 yang teruk, negara-negara dunia seharusnya mengutamakan golongan dewasa dan berkongsi dos vaksin bersama program COVAX untuk membekalkan vaksin kepada negara-negara miskin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (24 Nov).

Sesetengah kes keradangan jantung yang diberi nama miokarditis yang jarang berlaku, dilaporkan dalam kalangan lelaki muda yang disuntik vaksin berasaskan teknologi mRNA - Pfizer BioNTech dan Moderna - namun kes-kes ini biasanya ringan dan keadaannya akan bertambah baik dengan rawatan, dedah WHO.

Meskipun risiko itu belum lagi dapat disahkan sepenuhnya, ia kurang berisiko berbanding miokarditis yang dikaitkan dengan jangkitan SARS-CoV-2, menurut WHO.

Garis panduan sementara WHO dikeluarkan sedang lebih banyak agensi pengawalseliaan meluluskan vaksin-vaksin tertentu bagi kegunaan kanak-kanak termasuk di Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah, India dan Israel dan baru-baru ini Kanada pada minggu lalu.

"Memandangkan kanak-kanak dan golongan muda cenderung mengalami jangkitan ringan berbanding dengan golongan dewasa, kecuali jika mereka dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk, ia kurang mendesak untuk memberikan vaksin kepada mereka jika dibandingkan dengan individu lebih berumur, mereka yang menghidap penyakit kronik dan para pekerja kesihatan," menurut WHO.

Kanak-kanak boleh mengalami "COVID-19 yang berpanjangan" dengan simptom-simptom yang berlarutan namun ini masih disiasat, tambah WHO.

Beberapa faktor risiko bagi jangkitan COVID-19 yang teruk dalam kalangan kanak-kanak sudah dilaporkan termasuk kanak-kanak yang lebih tua, masalah kegemukan dan penyakit sedia ada termasuk penyakit kencing manis jenis 2, semput dan penyakit jantung, menurut WHO.

Mendidik kesemua kanak-kanak tentang pandemik harus menjadi keutamaan yang penting, walaupun langkah-langkah mengawal penularan mungkin perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah, menurut WHO.

Dengan masalah kekangan bekalan vaksin, program imunisasi harus memberi tumpuan kepada usaha melindungi golongan berisiko tinggi dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia, menurut WHO.

"Memandangkan sebahagian besar dunia berdepan kekangan vaksin yang ekstrem, negara-negara yang berupaya memberi perlindungan tinggi kepada para penduduk berisiko tinggi harus mengutamakan perkongsian vaksin COVID-19 bersama negara-negara lain sebelum memberi vaksin kepada kanak-kanak dan remaja," menurut WHO lagi.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan