Kanak-kanak 8 tahun cetuskan letupan selepas lekatkan bunga api pada penutup lubang jalan
Polis China mengingatkan orang ramai mengenai bahayanya bunga api selepas seorang kanak-kanak lelaki di Wilayah Autonomi Inner Mongolia mencetuskan letupan dramatik selepas beliau cuba melekatkan bunga api pada penutup lubang di jalan raya.

Remaja 8 tahun cetuskan letupan selepas lekatkan bunga api pada penutup lubang jalan.
LINDONG, CHINA: Polis China mengingatkan orang ramai mengenai bahayanya bunga api selepas seorang kanak-kanak lelaki di Wilayah Autonomi Inner Mongolia mencetuskan letupan dramatik selepas beliau cuba melekatkan bunga api pada penutup lubang di jalan raya.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun itu sedang memegang dua bunga api sebelum beliau cuba memasukkan salah satu daripadanya ke dalam lubang kecil penutup itu.
Tindakan kanak-kanak itu mencetuskan letupan gas metana, yang merosakkan permukaan jalan.
Mujur, kanak-kanak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, polis sudah memberitahu ibu bapanya tentang bahaya menyalahgunakan bunga api.
Mereka juga mungkin perlu membayar ganti rugi bagi kerja-kerja memperbaiki jalan raya yang rosak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.