Kanak-kanak 8 bulan terpaksa jalani pembedahan gara-gara tertelan pengetip kuku
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
NASHIK: Anak-anak kecil sememangnya gemar meneroka semua yang di depan mata mereka. Antara cara mereka 'belajar' adalah dengan memasukkan apa sahaja objek yang berjaya dicapai ke dalam mulut.
Natijahnya? Sekiranya objek yang dimasukkan ke dalam mulut itu sesuatu yang bukan makanan, pasti membawa bahaya. Seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia lapan bulan berikut.
Kanak-kanak lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian kerongkongnya selepas dia tertelan pengetip kuku dengan tidak sengaja, lapor Daily Mail.
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Newslions/SWNS menunjukkan beberapa doktor sedang berusaha untuk cuba mengeluarkan pengetip kuku itu pada Isnin (19 Sep) di wilayah Nashik di India Barat.
Kanak-kanak lelaki itu tertelan pengetip kuku berukuran 5 sentimeter (cm) ketika beliau sedang bermain. Beliau segera dikejarkan ke hospital ketika ibu bapanya dimaklumkan akan pekara tersebut, lapor Mirror.co.uk
Dr Vasantrao Pawar dari Medical College di kawasan Adgaon menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak lelaki itu.
Gambar-gambar X-ray menunjukkan pengetip kuku yang panjangnya lima sentimeter itu terselit pada kerongkong kanak-kanak lelaki berkenaan dan hampir menutup saluran penafasan di dalam kerongkongnya, lapor Mirror.co.uk.
Pakar perubatan berjaya mengeluarkan objek itu dalam operasi selama sejam dan kanak-kanak itu kini beransur pulih selepas pembedahan itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.