Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 6 tahun hilang di Johor kembali ke pangkuan keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 6 tahun hilang di Johor kembali ke pangkuan keluarga

(Gambar: Facebook/Barbie Hui Hui)

JOHOR BHARU: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang dilaporkan hilang, dipercayai diculik di Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada Sabtu (20 Jul) lalu, sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Menerusi akaun Facebook Barbie Hui Hui, dia berkongsi gambar kanak-kanak itu bersama ibunya, Leo Qieo Xin, bapa dan beberapa orang lain yang dipercayai ahli keluarga, lapor Sinar Harian.

"Terima kasih semua atas keprihatinan semua masyarakat, dia (kanak-kanak itu) selamat, namun keletihan dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari ini.

"Kami akan bawa dia pulang untuk berehat dan berkumpul bersama keluarga terdekat bagi memastikan keadaannya terus baik," tulisnya dalam catatan Facebook pada Selasa (23 Jul).

Pemilik akaun itu juga memaklumkan dia sudah diberi kebenaran oleh ibu kanak-kanak itu untuk memuat naik gambar dan hantaran berkenaan.

Difahamkan, kanak-kanak itu menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor pada Selasa pagi, dan kemudian dihantar pulang ke Johor Bahru di bawah pengawasan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum disatukan dengan keluarganya, petang hari sama.

Terdahulu, media melaporkan penemuan kanak-kanak itu dalam keadaan selamat di Batang Kali yang disahkan Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan.

Menurut laporan Sinar Harian, Polis Johor sebelum itu menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa, yang disedari kira-kira pukul 8.30 malam, pada Sabtu.

Kanak-kanak tersebut ketika itu mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria di Iskandar Puteri.

Seramai lima suspek kini ditahan reman dengan kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan