Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam serangan Israel; lagi 75 penduduk Palestin cedera

Israel membedil Gaza dengan serangan udara pada Sabtu (6 Ogos) dan sebuah kumpulan militan Palestin membalas dengan melancarkan serangan roket bertubi-tubi dalam keganasan yang paling buruk melanda wilayah tersebut sejak perang meletus tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 5 tahun maut dalam serangan Israel; lagi 75 penduduk Palestin cedera

Para anggota bomba memadamkan kebakaran yang tercetus dek serangan udara Israel ke atas Bandar Gaza. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 11:03AM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 11:03AM
BANDAR GAZA: Israel membedil Gaza dengan serangan udara pada Sabtu (6 Ogos) dan sebuah kumpulan militan Palestin membalas dengan melancarkan serangan roket bertubi-tubi dalam keganasan yang paling buruk melanda wilayah tersebut sejak perang meletus tahun lalu.

Pihak berkuasa kesihatan di kawasan yang berada di bawah naungan Hamas menyatakan 10 orang, termasuk budak perempuan berusia lima tahun, terbunuh dalam serangan Israel itu manakala 75 lagi cedera.

Tentera Israel menganggarkan operasinya membunuh 15 anggota militan.

Perdana Menteri Israel Yair Lapid berkata negara Yahudi itu terpaksa melancarkan "operasi awal menentang keganasan terhadap ancaman serta-merta" yang ditimbulkan oleh kumpulan Jihad Islam berikutan ketegangan beberapa hari di sepanjang sempadan Gaza.

Kedua-dua Israel dan Jihad Islam mengesahkan Taysir al-Jabari, seorang komander kanan kumpulan militan itu, terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pada Jumaat itu.

Jihad Islam menyatakan pengeboman awal oleh Israel membawa kepada "perisytiharan perang" sebelum ia melancarkan lebih 100 roket secara bertubi-tubi ke arah Israel.

Bedilan roket dan serangan oleh Israel berlanjutan semalam, membawa risiko kepada berulangnya konflik selama 11 hari pada Mei 2021 yang menghancurkan Gaza serta memaksa ramai warga Israel untuk bergegas ke tempat perlindungan daripada bom.

Pada awalnya, tentera Israel mengesahkan sekurang-kurangnya 70 roket dilancarkan dari Gaza dengan 11 daripadanya gugur di carikan tersebut dan puluhan lain dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome. Bakinya pula gugur di kawasan terbuka.

Jurucakap tentera Israel Richard Hecht berkata: "Kami mengandaikan sekitar 15 terbunuh dalam serangan di Gaza," sambil merujuk kepada anggota tentera Palestin.

Utusan Keamanan Timur Tengah PBB Tor Wennesland berkata beliau "amat prihatin" dan memberi amaran bahawa keganasan yang memuncak "sangat berbahaya".

"TANGGUNG PADAH"

Serangan-serangan tersebut dilancarkan empat hari selepas Israel menutup dua lintasan sempadannya dengan Gaza dan membataskan pergerakan anggota masyarakat Israel yang tinggal berdekatan sempadan tersebut sambil memberi alasan tentang keprihatinan keselamatan.

Langkah-langkah tersebut menyusuli penangkapan dua anggota kanan Jihad Islam di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Bassem al-Saadi, yang dituduh Israel sebagai mendalangi serangan yang dilancarkan kebelakangan ini.
 
Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa