Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 5-11 tahun sudah mula divaksin di Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pada Ahad (16 Jan) bahawa ia sudah mula memvaksin kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 11 tahun di samping menambah slot janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Sebelum ini, kementerian tersebut menyatakan bahawa fasa pertama vaksinasi bagi kanak-kanak berisiko tinggi yang berusia antara 5 hingga 11 tahun sudah selesai dijalankan. 

Pengumuman yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan mempertingkatkan daya imun mereka terhadap koronavirus sejajar dengan keputusan Kementerian Pendidikan Arab Saudi untuk menyambung semula kelas-kelas fizikal bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki di peringkat sekolah rendah dan tadika, dengan Saudi melaksanakan tiga model operasi. 

Model-model operasi ini dilakarkan dengan matlamat untuk menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan-kawalan terhadap koronavirus dengan mengambil kesempatan daripada kemudahan dan ruang-ruang yang disediakan di sekolah-sekolah rendah dan tadika-tadika merata negara itu. 

Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Mohammed Al-Abdali mengesahkan sebelum ini bahawa kanak-kanak diberikan dos yang lebih rendah berbanding dos yang disuntik pada orang dewasa, selain menggunakan jarum khas untuk kanak-kanak. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan