Kanak-kanak 3 tahun dilapor hilang dipercayai dibunuh di hutan
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilapor hilang hujung bulan lepas ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan hutan di Gunung Raya hari ini (6 Mac).

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
LANGKAWI: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilapor hilang hujung bulan lepas ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan hutan di Gunung Raya hari ini (6 Mac).
Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah ditemui pada jam 11.30 pagi oleh sepasukan polis selepas beliau dipercayai dibawa ke kawasan itu oleh seorang lelaki, menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim.
Nur Aisyah Aleya dilapor hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak hujung bulan lepas dan pasangan yang menjaga kanak-kanak itu dilaporkan menghilangkan diri selepas itu.
Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan mencari seorang lelaki berusia 37 tahun dan isterinya berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
Semalam (5 Mac), polis menahan sepasang suami isteri di Ampang, Selangor bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.