Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun sudah mula divaksin di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun sudah mula divaksin di Kemboja

Gambar: TANG CHHIN Sothy / AFP

Diterbitkan : 24 Feb 2022 12:26PM Dikemas Kini : 24 Feb 2022 12:26PM

PHNOM PENH: Kemboja sudah mula memvaksin kanak-kanak seawal usia tiga tahun pada Rabu (23 Feb) dan negara itu menjadi antara yang pertama di dunia untuk suntikan vaksin memvaksin kanak-kanak daripada kumpulan usia itu.

Kemboja sudah memvaksin lebih 90 peratus daripada 16 juta penduduknya yang merupakan antara kadar vaksinasi tertinggi di rantau ini.

Pada Januari lalu, Kemboja melancarkan suntikan dos keempat bagi kumpulan-kumpulan yang lebih berisiko.

Program imunisasi COVID-19 bagi golongan kanak-kanak dimulakan di ibu kota Phnom Penh, dengan beratus-ratus penduduk beratur panjang di luar klinik di mana kakitangan perubatan yang memakai peralatan perlindungan diri memberikan dos vaksin kepada kanak-kanak yang menangis atau meraung.

Sebahagian besar negara masih belum memulakan vaksinasi bagi kanak-kanak bawah lima tahun.

Pada bulan ini, Amerika Syarikat menangguhkan sekurang-kurangnya selama dua bulan untuk menimbangkan dengan lebih mendalam vaksinasi bagi kanak-kanak bawah lima tahun.

China melancarkan kempen seluruh negara yang menyasarkan para penduduk yang berusia tiga hingga 11 tahun pada lewat tahun lalu.

Bahrain dan Cuba juga sudah memvaksin kanak-kanak yang berumur seawal usia dua tahun.

Jumlah jangkitan COVID-19 di Kemboja kini mencecah lebih 127,000 kes, dengan 3,024 kematian sejauh ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa