Kanak-kanak 2 tahun di Pahang keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mungkin mengalami keracunan nikotin akut selepas dipercayai tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang dalam insiden di Bera, Pahang pada 30 Mei lepas.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan pada Isnin malam(5 Jun) memaklumkan mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.
“Kanak-kanak ini dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan. Terkini, keadaan pesakit adalah stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan dan dipantau oleh pihak hospital,” menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, pada hari kejadian, mangsa yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik ditemui datuknya dalam keadaan batuk, muntah serta sesak nafas dan terdapat peranti rokok elektronik jenis pakai buang berhampiran mangsa.
“Kanak-kanak ini dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang.
Kenyataan itu menyebut pada mulanya kejadian tersebut dilaporkan sebagai kemungkinan kes kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan rokok elektronik (EVALI) namun hasil penemuan klinikal mendapati ia tidak memenuhi kriteria EVALI.
“Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. Peranti rokok elektronik yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk ujian lanjut,” katanya.
Menurut kenyataan itu, kanak-kanak tersebut disahkan menghidapi Acute Life Threatening Event Secondary To Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated With Seizure.
Justeru, KKM menasihati orang ramai bahawa sebarang penggunaan produk merokok termasuk rokok elektronik adalah berbahaya kepada kesihatan.
“Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan.
“Ia boleh terjadi kepada semua pengguna termasuk kanak-kanak. Kesan nikotin yang tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang terutama kepada kanak-kanak akan menyebabkan pertumbuhan otak terjejas,” katanya.
VAPE DILARANG DI SINGAPURA SEJAK 1 FEB 2018
Membeli, menggunakan dan memiliki produk tembakau palsu atau berbahaya seperti e-pengewap atau vape dilarang di Singapura sejak 1 Februari 2018.
Hukuman terhadap kesalahan memiliki dan menggunakan alat pengewap adalah denda sehingga S$2,000.
Terdapat juga larangan ke atas import dan penjualan alat pengewap elektronik atau e-vaporiser di Singapura sejak 1993, apabila semua produk tembakau palsu dilarang.
Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), adalah satu kesalahan untuk mengimport, menjual atau mengedar produk vape.
Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$10,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Kesalahan seterusnya membawa denda sehingga S$20,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.