Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanak-kanak 11 tahun mati dicekik, dihempas setelah dituduh curi RM4

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh remaja berusia 16 tahun, dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada wang RM4 (S$1.30), semalam (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai selepas disepak, dicekik dan dihempas oleh remaja berusia 16 tahun, dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada wang RM4 (S$1.30), semalam (20 Mac).

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf semasa suspek dan mangsa bersama enam lagi penghuni membersihkan surau.

“Mangsa didakwa diusung oleh tiga penghuni ke rumah penyelia asrama, yang terletak kira-kira 50 meter dari surau itu pada pukul 4.15 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan penyelia terlibat pada awalnya menyangka mangsa terkena sawan atau kancing gigi.

“Penyelia terlibat terus membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di wad kecemasan,” katanya semasa dihubungi hari ini (21 Mac). 

Siasatan awal melibatkan saksi kejadian mendakwa suspek menegur mangsa yang disyaki mengambil wang RM4 miliknya, namun teguran itu tidak diendahkan menyebabkan suspek, yang merupakan pelajar sekolah menengah tidak berpuas hati.

Ia didakwa menjadi punca suspek mencekik dan menghempas mangsa ke lantai sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Wan Mohd Zahari berkata suspek kini direman sehingga 27 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan