Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada sahkan lebih 1,000 kes cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada sahkan lebih 1,000 kes cacar monyet

(Gambar: Md Saiful Islam Khan/iStock)

OTTAWA: Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan 1,008 kes cacar monyet di negara itu setakat Rabu (10 Ogos), lapor agensi berita Xinhua.

Menurut agensi itu, kes yang disahkan termasuk 478 kes dari Ontario, 425 dari Quebec, 85 dari British Columbia, 16 dari Alberta dan masing-masing dua di Saskatchewan serta Yukon.

Tambahnya, jumlah kes mungkin meningkat sedang daerah dan wilayah di merata negara terus melaporkan kes cacar monyet yang disahkan Makmal Mikrobiologi Kebangsaan PHAC.

PHAC juga sudah mengedarkan lebih 80,000 dos vaksin Imvamune ke semua daerah dan wilayah terjejas serta menggesa lebih banyak ujian cacar monyet dijalankan di makmal di merata negara dengan agensi itu menyediakan bahan kawalan selain protokol ujian.

Menurut pakar, cacar monyet adalah penyakit virus yang boleh merebak antara manusia menerus kontak rapat dengan orang dijangkiti termasuk melalui pelukan, bercumbu, mengurut atau mengadakan hubungan seks.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan