Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada sahkan 1,444 kes cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
OTTAWA: Kanada mengesahkan 1,444 kes cacar monyet, termasuk 42 kes yang dirawat di hospital, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada pada Jumaat (4 Nov).

Daripada kes-kes yang disahkan itu, 688 dilaporkan di Ontario, 525 dari Quebec, 179 dari British Columbia, 41 dicatatkan di Alberta, enam di Saskatchewan, dua di Yukon dan satu dari Nova Scotia, Manitoba dan New Brunswick, tambah agensi kesihatan tersebut.

Kes cacar monyet di Kanada meningkat pada kadar yang rendah dengan hanya sembilan kes baru dilaporkan pada minggu ini.

Dos kedua vaksin cacar monyet sedang dilancarkan di negara itu.

Jawatankuasa Penasihat Nasional Mengenai Imunisasi mengesyorkan vaksin digunakan sebagai langkah pencegahan, dengan dua dos bagi mereka yang berisiko terdedah kepada penyakit itu. Dos kedua hanya untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala dan disuntik 28 hari selepas mendapatkan dos pertama.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan