Kanada pula kenakan ujian COVID-19 pada pelawat dari China
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CBC/Evan Mitsui
KANADA: Kanada pada Sabtu (31 Dis) menyatakan semua orang yang menaiki pesawat dari China untuk ke Kanada perlu menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19 mulai 5 Januari.
Ujian itu perlu dilakukan dalam masa 48 jam sebelum menaiki pesawat ke Kanada dan ditunjukkan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan.
Peraturan tersebut meliputi semua orang berusia dua tahun dan ke atas yang menaiki pesawat dari China, Hong Kong atau Macao.
Kerajaan Kanada menyatakan langkah sementara itu akan dilaksanakan selama 30 hari dan dinilai semula apabila memperolehi lebih banyak data.
Kanada merupakan antara negara-negara terbaru mengenakan langkah sedemikian berikutan kenaikan besar jumlah kes COVID-19 di China sejak Beijing menarik balik hampir semua sekatannya pada awal Disember 2022.
Mulai 8 Jan China membenarkan semula rakyatnya pergi ke luar negara dan menamatkan kuarantin wajib bagi mereka yang tiba dari luar negara.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.