Skip to main content

Dunia

Kanada mahu muktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan ASEAN

Kanada berusaha memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada dorongan untuk berkembang ke pasaran baharu, kata diplomat kanan negara itu, sebagai tindak balas kepada tarif tinggi yang dikenakan terhadapnya oleh Amerika Syarikat, yang merupakan negara jiran dan rakan kongsi perdagangan Kanada yang terbesar.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada mahu muktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan ASEAN

Menteri Luar Negeri Kanada Anita Anand berucap di sebuah temu bual di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 10 Jul, 2025. (Gambar: REUTERS/Hasnoor Hussain)

KUALA LUMPUR: Kanada berusaha memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada dorongan untuk berkembang ke pasaran baharu, kata diplomat kanan negara itu, sebagai tindak balas kepada tarif tinggi yang dikenakan terhadapnya oleh Amerika Syarikat, yang merupakan negara jiran dan rakan kongsi perdagangan Kanada yang terbesar.

Menteri Luar Kanada Anita Anand berkata Kanada berhasrat meneruskan hubungan perdagangan berbilang hala dengan 10 anggota negara ASEAN.

Kanada percaya ekonomi global akan dipacu oleh rantau Indo-Pasifik dalam tahun-tahun mendatang, katanya.

"Kerja-kerja sedang dilakukan dengan pantas bagi memuktamadkan teks perjanjian perdagangan bebas ini," kata Cik Anand kepada Reuters dalam satu temu bual selepas mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatannya dari blok ASEAN di Kuala Lumpur.

"Ia adalah rumit tetapi kami sangat berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya tanpa memberikan perincian lanjut.

Cik Anand berkata perjanjian perdagangan bebas ASEAN-Kanada adalah salah satu cara Kanada boleh mempelbagaikan hubungan perdagangannya melangkaui negara-negara G7.

Selain perdagangan, Kanada akan bekerjasama dengan ASEAN dalam bidang bekalan tenaga, jaminan bekalan makanan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan, katanya.
Sumber : Reuters/NI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita