Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada luluskan vaksin Moderna bagi bayi & kanak-kanak antara 6 bulan hingga 5 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada luluskan vaksin Moderna bagi bayi & kanak-kanak antara 6 bulan hingga 5 tahun

(Gambar: Scott Olson/Getty Images via AFP)

TRENTON: Kanada meluluskan penggunaan vaksin jenis Moderna untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, berdasarkan kajian saintifik yang mendapati vaksin tersebut "selamat dan berkesan", menurut agensi kesihatan awam Kanada, Health Canada pada Khamis (14 Jul). 

"Susuli kajian saintifik yang menyeluruh, pihak jabatan turut memastikan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan untuk mencegah COVID-19 bagi kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun," lapor agensi berita Anadolu sambil memetik kenyataan agensi itu di Twitter.

Dos yang diluluskan adalah satu perempat daripada dos dewasa dan dos kedua akan diberikan sekurang-kurangnya sebulan selepas dos pertama.

Health Canada memaklumkan pihaknya akan memantau kesan sampingan vaksin, memandangkan ini adalah kali pertama vaksin COVID-19 diluluskan untuk kumpulan umur itu.

Syarikat pengilang turut diarahkan supaya memberikan laporan berterusan mengenai vaksinasi. 

Kajian menunjukkan bahawa vaksin yang diberikan kepada kumpulan itu mempunyai hasil sama seperti vaksinasi terhadap golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun.

Kelulusan itu bermakna kira-kira dua juta kanak-kanak kini layak untuk menerima suntikan vaksin.

Kesan sampingan termasuk sakit, mengantuk, hilang selera makan, demam, bengkak pada tempat suntikan, sakit otot dan sakit perut mungkin berlaku.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan