Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada luluskan vaksin COVID-19 Pfizer bagi kanak-kanak

Kanada pada Jumaat (19 Nov) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sekali gus membuka laluan kepada vaksinasi kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada luluskan vaksin COVID-19 Pfizer bagi kanak-kanak

Vaksin Pfizer-BioNTech. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 08:06AM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 08:08AM

OTTAWA: Kanada pada Jumaat (19 Nov) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sekali gus membuka laluan kepada vaksinasi kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara itu.

Suntikan itu adalah yang pertama disediakan untuk kanak-kanak kecil di Kanada. Para pegawai menjelaskan selama berminggu-minggu bahawa keputusan itu akan menguntungkan, dengan menyatakan bahawa insiden COVID-19 adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 12 tahun.

"Selepas kajian saintifik yang menyeluruh dan bebas ke atas bukti, jabatan itu mengesahkan bahawa manfaat vaksin ini untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun melebihi risikonya," menurut Health Canada dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Justin Trudeau berkata bulan lalu bahawa Ottawa sudah menandatangani perjanjian dengan Pfizer untuk segera menerima 2.9 juta dos vaksin sebaik sahaja ia diluluskan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan vaksin untuk mereka yang berusia antara lima hingga 11 tahun pada 29 Oktober.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan