Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada lapor kematian pertama susuli vaksin AstraZeneca

Wilayah Quebec pada Selasa (27 Apr) melaporkan kematian pesakit pertama di Kanada akibat keadaan darah beku yang jarang berlaku setelah menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada lapor kematian pertama susuli vaksin AstraZeneca

Bebuli vaksin COVID-19 AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Yves Herman/File Photo)

Diterbitkan : 28 Apr 2021 09:42AM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 09:45AM

MONTREAL: Wilayah Quebec pada Selasa (27 Apr) melaporkan kematian pesakit pertama di Kanada akibat keadaan darah beku yang jarang berlaku setelah menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Kanada telah melaporkan sekurang-kurangnya lima kes pembekuan darah menyusuli suntikan vaksin, tetapi para pegawai kesihatan awam menegaskan bahawa manfaat suntikan AstraZeneca melebihi kemungkinan risikonya.

Pengarah Kesihatan Awam Quebec Horacio Arruda memberitahu para wartawan kematian pesakit wanita berusia 54 tahun itu, akibat trombosis tidak akan mengubah strategi vaksinasi wilayah itu.

Menteri Kesihatan Quebec Christian Dubé berkata wilayah itu telah memberi vaksin kepada sekitar 400,000 orang menggunakan AstraZeneca.

"Ini adalah risiko yang dinilai, tetapi tentunya apabila kami memikirkan tentang wanita ini, keluarganya, orang-orang yang rapat dengannya ... ia amat sukar," kata Perdana Menteri Quebec François Legault.

Berdepan dengan gelombang ketiga virus itu, beberapa wilayah Kanada, termasuk Ontario yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di negara itu baru-baru ini mula menawarkan vaksin AstraZeneca kepada mereka berusia 40 tahun ke atas.

Quebec yang mencatatkan kemerosotan kes COVID-19 baru-baru ini membenarkan vaksin digunakan untuk mereka berusia 45 tahun ke atas.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan