Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada lapor 1,206 kes cacar monyet

Kes cacar monyet yang paling banyak dilaporkan di Ontario, Kanada dengan 583 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada lapor 1,206 kes cacar monyet

(Gambar: Md Saiful Islam Khan/iStock)

OTTAWA: Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan 1,206 kes cacar monyet termasuk 32 kes yang dimasukkan ke hospital di negara itu setakat Rabu (24 Ogos).

Peningkatan kes baru nasional menunjukkan ia merebak dengan perlahan dalam beberapa minggu terakhir, namun ia merebak ke lebih banyak wilayah.

Agensi kesihatan itu berkata daripada kes yang disahkan, 583 kes adalah dari Ontario, 471 dari Quebec, 125 dari British Columbia, 19 dari Alberta, tiga dari Saskatchewan, dua dari Yukon selain masing-masing satu dari New Brunswick dan Manitoba, lapor Xinhua.

Agensi itu mengagihkan lebih 105,000 dos vaksin Imvamune ke negeri dan daerah. Lebih 59,000 orang sudah diberi vaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos pada 14 Ogos.

Pakar mengatakan cacar monyet merupakan penyakit virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan seksual.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan