Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada kesan kes pertama virus korona varian BA.2.86 bermutasi tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
OTTAWA: Kanada mengesan kes pertama jangkitan virus korona dari varian Omicron BA.2.86 yang bermutasi tinggi pada seorang penduduk British Columbia.

Ini meskipun beliau tidak ke luar negara di luar wilayah Pasifik, kata pegawai kesihatan pada Selasa (29 Ogos).

Individu tersebut tidak dihantar ke hospital dan pengesanan virus
BA.2.86 tidak mengubah risiko jangkitan terhadap penduduk British Columbia, kata doktor wilayah itu, Bonnie Henry, dan Menteri Kesihatan Adrian Dix dalam satu kenyataan bersama.

"Ia bukan suatu perkara yang tidak dijangkakan bagi BA.2.86 untuk muncul di Kanada dan wilayah ini," kata mereka.

"COVID-19 terus merebak di seluruh dunia dan virus itu terus menyesuaikan diri ".

Virus BA.2.86 yang dikesan buat pertama kali di Denmark bulan lalu, mengandungi lebih 35 mutasi pada bahagian utama XBB.1.5, iaitu varian paling dominan sepanjang 2023.

Amerika Syarikat, Switzerland dan Israel juga mencatat kes-kes varian baharu.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika menyatakan pada minggu lalu bahawa varian BA.2.86 lebih berupaya untuk menjangkiti individu yang pernah menghidap COVID-19 atau mereka yang sudah mendapatkan vaksin.

Para saintis berkata walaupun ia penting untuk memantau BA.2.86, ia tidak dijangka mencetuskan penularan besar-besaran serta kematian, disebabkan sistem imun yang sudah dibina di seluruh dunia daripada vaksinasi dan jangkitan sebelum ini.

Pihak kesihatan Kanada mengesan kenaikan pada jangkitan COVID sejak beberapa minggu kebelakangan ini, meskipun kadar jangkitan tersebut rendah, lapor Health Canada dalam satu kemas kini mingguan pada Selasa.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan