Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan bunuh pemimpin pemisah Sikh
Kanada mengusir enam diplomat India selepas siasatan polis mengenai "aktiviti jenayah" mendedahkan "kempen keganasan" terhadap pihak pembangkang.
Anggaran Waktu Membaca:
VANCOUVER: Kanada mengusir enam diplomat India selepas siasatan polis mengenai "aktiviti jenayah" mendedahkan "kempen keganasan" terhadap pihak pembangkang.
Langkah itu pada awalnya dilaporkan oleh beberapa media pada pagi Isnin (14 Okt) sebelum disahkan oleh Kementerian Luar Kanada pada sebelah petang.
Sebagai tindak balas, Kementerian Luar India mengumumkan, New Delhi mengusir enam diplomat Kanada - termasuk Pemangku Pesuruhjaya Tinggi - dan memberi mereka tempoh sehingga Sabtu untuk meninggalkan negara itu.
Beberapa jam sebelum itu, India memaklumkan, ia akan menarik balik diplomat utamanya dari Ottawa dan diplomat lain kerana pemerintah Kanada sedang menyiasat mereka sebagai "individu berkepentingan" dalam siasatan tersebut.
Hubungan India-Kanada menjadi tegang sejak September 2023 apabila Perdana Menteri Justin Trudeau mendakwa, Kanada mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan ejen-ejen India dengan pembunuhan pemimpin pemisah Sikh, Hardeep Singh Nijjar, di Kanada awal tahun itu.
Encik Nijjar dipercayai menyokong penubuhan tanah air Sikh dalam bentuk negara Khalistan yang merdeka dan beliau disenaraikan oleh India sebagai "pengganas" pada Julai 2020.
India berulang kali menafikan tuduhan bahawa ejen-ejennya membunuh Encik Nijjar dan mencabar Kanada untuk berkongsi bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.