Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada bertindak balas terhadap tarif 25% Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Kanada bertindak balas terhadap tarif 25% Amerika

Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc. (Gambar: Lars Hagberg / AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 06:44PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 07:09PM
NEW YORK: Kanada mula mengenakan tarif ke atas produk dari Amerika Syarikat pada Khamis (13 Mac) sebagai tindak balas terhadap tarif 25 peratus yang dikenakan Presiden Amerika Donald Trump ke atas import keluli dan aluminium, lapor agensi berita Jerman dpa.

Bermula tengah malam (0400 GMT), Kanada mengenakan tarif terhadap produk import dari Amerika bernilai kira-kira AS$29 bilion (S$38.6 bilion), meliputi keluli dan aluminium, komputer serta peralatan sukan.

Bakal Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menyifatkan tarif Amerika itu sebagai "tidak berasas" dan memberi kesan buruk kepada pekerja Kanada.

"Kita bertindak balas dengan sewajarnya — dan setiap dolar daripada tarif ini akan digunakan untuk menyokong pekerja kami," katanya menerusi catatan di platform X.

Encik Carney dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Liberal, menggantikan Justin Trudeau dan dijangka memegang jawatan perdana menteri buat sementara waktu.

Beliau dijadual mengangkat sumpah pada Jumaat (14 Mac).

Sementara itu, Presiden Trump mempertahankan langkahnya dengan mendakwa import keluli dan aluminium yang berlebihan boleh mengancam keselamatan negara Amerika.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan