Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kanada benarkan kes ekstradisi Meng Wanzhou diteruskan

Kanada membenarkan kes ekstradisi terhadap Ketua Pegawai Kewangan syarikat Huawei Technologies Co Ltd diteruskan, suatu langkah yang sekali gus mencetuskan kemarahan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2019 10:34PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 10:37PM

OTTAWA: Kanada membenarkan kes ekstradisi terhadap Ketua Pegawai Kewangan syarikat Huawei Technologies Co Ltd diteruskan, suatu langkah yang sekali gus mencetuskan kemarahan China.

Tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan ditetapkan pada Rabu (6 Mac) di Vancouver.

Meng Wanzhou, anak perempuan pengasas syarikat Huawei, ditahan pada 1 Disember 2018 atas permintaan Amerika Syarikat dan kini di bawah perintah tahanan dalam rumah.

Pada lewat Januari, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa Meng dan Huawei sebagai bersubahat untuk mencabuli sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Jabatan Keadilan Kanada pula menyatakan bahawa pihaknya berpuas hati ada "cukup bukti" untuk meneruskan kes itu.

Jika Meng dibawa ke Amerika Syarikat, beliau akan menghadapi tuduhan jenayah berhubung dakwaan mencabuli sekatan ke atas Iran.

Bagaimanapun pakar-pakar undang-undang menyatakan walaupun Ottawa sudah memberi kebenaran, terdapat besar kemungkinan perintah ekstradisi itu akan dihambat oleh proses rayuan yang mengambil masa panjang.

Para peguam Meng sekali lagi mengutuk tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Amerika Syarikat ke atas Meng sebagai bermotif politik. 

Sumber : Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan