Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kami hanya mahu temu Anwar Ibrahim - Zuraida Kamaruddin

Encik Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan permintaan oleh anggota jawatan PKR yang dipilih untuk mengadakan pertemuan khas dengan presiden bagi membincangkan hala tuju parti tersebut, kata Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Anggaran Waktu Membaca:
Kami hanya mahu temu Anwar Ibrahim - Zuraida Kamaruddin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin. (Gambar: Zuraida Kamaruddin/ Facebook)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 09:26PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 09:31PM

GEORGE TOWN: Encik Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan permintaan oleh anggota jawatan PKR yang dipilih untuk mengadakan pertemuan khas dengan presiden bagi membincangkan hala tuju parti tersebut, kata Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata mesyuarat, yang tidak termasuk kalangan anggota jawatan yang dilantik, akan menjadi saluran terbaik bagi Encik Anwar untuk menyelesaikan apa-apa isu atau perbezaan yang timbul antara beliau dan beberapa anggota jawatan yang dipilih.

“Kami semua hanya mahu satu pertemuan antara semua pemegang jawatan yang dipilih dengan presiden parti. Kami tidak mahu orang salah anggap kami untuk sesuatu yang tidak dapat kami sampaikan kepada orang awam.

“Kami harap presiden (Anwar) akan bersetuju untuk bertemu dengan kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Bagan, Jelutong dan Tanjung, di sini hari ini (16 Sep).

Beliau membuat kenyataan tersebut bagi menjelaskan ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menurutnya bukan jalan untuk membincangkan rekonsiliasi yang perlu dibincangkan hanya antara presiden dan anggota jawatan yang dipilih.

“Saya mempunyai alasan yang baik untuk tidak menghadiri mesyuarat. Kami harus diberi peluang untuk bercakap (secara langsung kepada Anwar) bagi pihak penyokong kami...demi kebaikan parti,” katanya.

Cik Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau tidak menolak kemungkinan parti pembangkang akan mengambil kesempatan daripada situasi yang kini dihadapi oleh PKR tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan parti itu sebagai sebahagian daripada kerajaan.

“Parti pembangkang tidak akan mendapatkan kelebihan. Parti-parti lain juga mempunyai masalah sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan penyatuan antara UMNO dan PAS menerusi pemeteraian Piagam Muafakat Nasional sebagai gimik politik dan langsung tidak memberi kesan kepada PKR sebagai parti berbilang kaum.

“Ia sekadar gimik politik (untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan orang Melayu). Kamu juga ada orang Melayu, India, Cina dalam parti kami dan saya tidak bimbang mengenai kerjasama tersebut,” katanya.

Beliau mengulas mengenai piagam tersebut yang dimeterai UMNO dan PAS pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan