Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Kami diserang parti sendiri,' kata Khairy Jamaluddin

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengakui diserang parti sendiri ketika berada dalam jemaah menteri bersama mantan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu komen balas di laman sosial milik Encik Ismail Sabri, Encik Khairy mengakui perkara itu namun berpuas hati kerana melakukan yang terbaik membawa negara keluar dari fasa pandemik.

"Memang betul kami diserang oleh parti sendiri sewaktu berada dalam jemaah menteri. Apa pun kita telah lakukan yang terbaik untuk negara. Keluar dari pandemik, pulihkan ekonomi. Anda boleh berbangga dengan (kejayaan) itu," katanya, seperti dipetik BH Online.

Encik Khairy berkata demikian sebagai komen balas kepada video yang dimuat naik oleh Naib Presiden UMNO itu.

Dalam video sepanjang 1 minit 40 saat itu, Encik Ismail Sabri meluahkan kekecewaan dan menjelaskan beliau menerima tekanan daripada UMNO.

Encik Ismail Sabri turut menjelaskan ada laporan yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai wawancaranya sebelum ini, menurut BH Online.

"Saya Perdana Menteri (dari) UMNO. Untuk mengukuhkan UMNO masa itu, daripada 29 menteri Kabinet, 14 daripadanya adalah menteri Barisan Nasional walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.

"Tetapi waktu itu, saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri dari UMNO. Saya dilanyak waktu itu. UMNO seolah-olah pembangkang waktu berkenaan," katanya, lapor BH Online.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan