Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kamala Harris batal lawatan ke SG, Bahrain dan Jerman akibat kebakaran hutan California

Anggaran Waktu Membaca:
Kamala Harris batal lawatan ke SG, Bahrain dan Jerman akibat kebakaran hutan California

Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris. (Gambar fail: Manuel Balce Ceneta/AP Photo)

Diterbitkan : 10 Jan 2025 09:27AM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 11:27AM
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman disebabkan kebakaran hutan yang masih marak di California, umum Rumah Putih pada Khamis (9 Jan), selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membuat keputusan serupa sehari sebelum itu.

Encik Biden membatalkan lawatannya ke Itali untuk berjumpa dengan Pope Francis, Presiden Itali Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giorgia Meloni.

"Disebabkan kebakaran hutan hutan yang besar di Los Angeles, Naib Presiden telah membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau yang akan datang ke Singapura, Bahrain, dan Jerman," kata Rumah Putih pada Khamis.

Lawatan yang dibatalkan itu kemungkinan besar yang terakhir bagi Cik Harris, yang asal dari California, selaku naib presiden sebelum melepaskan jawatannya pada 20 Januari.

Los Angeles sedang menghadapi kebakaran hutan paling buruk dalam sejarahnya, yang setakat ini telah meragut lima orang, dan menyebabkan 180,000 orang terpaksa dipindahkan selain 31,000 ekar tanah hangus terbakar.

Encik Biden, mengisytiharkan darurat bagi kebakaran di California, bertemu pegawai pentadbiran tertinggi pada Khamis petang untuk membincangkan bantuan peringkat federal ke wilayah itu.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan