Skip to main content

Dunia

Kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari muzium Vienna

Seutas kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari sebuah muzium di Vienna, menurut kenyataan polis Austria pada Khamis (27 Ogos), lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

Anggaran Waktu Membaca:
Kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari muzium Vienna

Muzium Seni Gunaan Vienna (MAK) telah mempamerkan lebih 300 koleksi barangan Van Cleef & Arpels sejak awal Jun 2026. (Gambar: X/exibart)

Diterbitkan : 28 Aug 2026 12:13PM
  • Polis Austria menyiasat kecurian kalung berlian bernilai jutaan dolar dari Muzium Seni Gunaan Vienna (MAK) yang berlaku semasa pameran barang kemas Van Cleef & Arpels.
  • Kalung tersebut dipercayai pernah dimiliki Ratu Nazli dari Mesir dan mengandungi 673 butir berlian, dengan nilai lelongan sekitar AS$4.3 juta pada 2015.
  • Dua lelaki tidak dikenali memecahkan bekas pameran kaca ketika muzium beroperasi, mengambil kalung dan melarikan diri tanpa mencederakan sesiapa.
  • Pihak muzium tidak memberikan maklumat lanjut mengenai siasatan, manakala polis telah mengeluarkan gambar suspek berpakaian gelap di dalam muzium.
Dijana oleh AI
VIENNA: Seutas kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari sebuah muzium di Vienna, menurut kenyataan polis Austria pada Khamis (27 Ogos), lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

Polis telah mengeluarkan gambar barang kemas tersebut, yang dihasilkan oleh pembuat barang kemas mewah dari Paris, Van Cleef & Arpels.

Muzium Seni Gunaan Vienna (MAK) tidak memberikan butiran lanjut berhubung barang yang dicuri namun maklumat di laman webnya menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan kalung diraja yang mengandungi 673 butir berlian dengan berat keseluruhan melebihi 200 karat.

Pihak muzium hanya mengesahkan bahawa satu kejadian kecurian berlaku semasa pameran barang kemasnya dan menyatakan tiada sesiapa yang cedera.

Pihak muzium juga memaklumkan tiada maklumat akan diberikan mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

MAK telah mempamerkan lebih 300 koleksi barangan Van Cleef & Arpels sejak awal Jun.

Gambar pameran yang dipaparkan di laman web muzium tersebut menunjukkan kalung itu berada di dalam bekas pameran kaca.

Keterangan yang disertakan menyatakan bahawa kalung tersebut pernah menjadi milik Ratu Nazli dari Mesir, yang memakainya pada 1939 semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Fawzia, dengan Putera Mahkota Iran ketika itu, Mohammad Reza Pahlavi yang kemudiannya menjadi Shah.

Menurut rumah lelongan Sotheby's, kalung itu telah dijual pada harga sekitar AS$4.3 juta (S$5.47 juta) dalam satu acara lelong di New York pada 2015.

Polis menyatakan dua lelaki yang tidak dikenali telah memecahkan bekas pameran semasa waktu operasi muzium, mengambil barang kemas tersebut dan melarikan diri.

Gambar yang dikeluarkan polis menunjukkan dua suspek berpakaian gelap di dalam muzium tersebut.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita